1

Tuesday 30 July 2013

SEJARAH SYIAH DAN AMALAN MEREKA

Assalamualaikum... selamat pagiiii !!!!

heehehhee.... xtau la ngape sekarang macam semangat sangat je nak update belog melog coolblog ni.. hahhaahhaa... maybe sebab kebosanan yang mendatang adalah dalam tahap kritikal.. atau pon bla bla bla bla.. even belog ni aku je yang akan bukak dan aku je yang akan bace... so x pela ni kire mcm diari digital la.. nak nulis2 sekarang dah malas... so kite naip2 je la yeeeee.. hohohoho... 

ok back to the main topic... SYIAH... urghhh.. aku rajen gak la dok belek2 pasal SYIAH ni.. bukan ape.. sebab aku jadi macam hairan, macamane SYIAH boleh bermula... mcmane SYIAH boleh mudah dipengaruhi.. kenape? mengape? bagaimana? siapa? arghhhh migrain migrain.. hahahhahaha.. dok pikir punye pikir aku pon ambik keputusan untuk membuat penyiasatan secare kecik2.. hahahahha...
 # nak jadi detective yang comel dan blurr macam song ji hyo.. hakhakhak.. ni mmg tetibe nak mampos.. #

ok SEJARAH SYIAH dan FAHAMAN SYIAH.. 
(wt point2 senang sikit nak paham) ambk kate kunci dah leeeee.... hohoho

  • Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab, SYIAH (شيعة) bermaksud : Pengikut dan pembela seseorang.
  • Adapun mengikut terminologi(istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.
  • Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Politik. 
    • Ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.

  • Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’ yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.
  • Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , lalu diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.
  • Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut.  Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan iaitu :


  • Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan Imamiah kerana menjadikan persoalan Imamah(melantik dan beriman kepada mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib dipercayai. Ianya merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.
    • Dinamakan juga sebagai al-Rafidah (الرافضة) kerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
    • Ianya dipanggil juga dengan nama Isna ‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada imam-imam mereka maksum sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. (dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun tidak sengaja).

  • Zaidiah (الزيدية)Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Thalib. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas fahaman Muktazilah) dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan yangmu’tadil  kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat
    •  
    • tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar. 
    • Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok :
      Jarudiah, Jaririah, Solihiah.

  • Kaisaniah (الكيسانية)Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abu Thalib (anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya).
    • Adapun Kaisan merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah kewafatan Ali, dia lalu menjadi khadam  kepada Muhammad al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh mempertahankan Hasan dan Husin dalam mendapatkan hak kekhalifahan.
    • Selepas kematian keduanya, mereka pula mempertahankan hak terhadap Muhammad bin al-Hanafiah. Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw (melampau) lalu menjadi buruan pemerintah ketika itu.


  • Ghulah (الغلاة) Mereka yang melampaui had dalam persoalan aqidah. Bukan sahaja berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat lain dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung daripada Rasulullahs.a.w. 
    • Mereka juga berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya dengan Ali, oleh sebab itu malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan asalnya disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga yang menyatakan Jibril sengaja melakukan sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.

ok.. ini la 4 kelompok syiah yang telah berpecah setelah kematian Saidina Ali... sekarang... moh le kite tengok perbezaan kita yang mengamalkan cara ahlu sunnah dan juga syiah ketida wuduk, solat dan azan


SYIAH (AZAN)




SYIAH (WUDUK)



SYIAH (SOLAT)





#sewaktu aku tulis entry ini hati aku sangat berdebar2... aku takot... YA ALLAH kuat kan lah iman ku... KAU tunjuk kan lah aku jalan yang benar ya Allah.. jalan menuju syurga Mu yang  indah ya Allah.. 

semoga saudar kita yang berada diluar negare sane sentiasa dilindungi Allah dari kejahilan umat akhir zaman... aamiin.. (^_^)

nanti ada lagi.. kita tengok pulak tentang syiah lagi... semoga kita dijauhkan dari kesesatan dunia.. aamiin












No comments:

Post a Comment