1

Thursday 9 February 2012

~jodoh~







andai telah tiba jodoh kite, ia akan sampai jugak...andai belum tersurat ketentuan dari NYA untuk dipertemukan dengan jodoh kite, maka kite harus berusaha mencarinye di atas keredhaan dari YANG MAHA ESA dan MAHA MENGETAHUI....


*pss cikpingu gatal nak kawen..dr td crik psal jodoh je...hakhak...tapi ustaz azhar idrus punye ceramah memang ohsem

~surah AL IKHLAS ~



banyak KEBERKATAN yang kita boleh dapat apabila kita membaca SURAH AL-IKHLAS...
saye penah mendengar cerita bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W pernah bertanya kepade para sahabat

 SIAPAKAH YANG MAMPU MEMBACA KESELURUHAN ALQURAN DALAM MASA 2 @ 3 MINIT SAHAJA....

kemudian para sahabat NABI MUHAMAMMAD S.A.W xdek sape pon yg mampu membaca seperti yang demikian, lalu SAIDINA ALI mengangkat tangan lalu SAIDINA UMMAR menegur sahabatnya dan berkata tidak mungkin kamu mampu melakukannye....namun SAIDINA ALI pon berkata membaca SURAH AL-IKHLAS sebanyak 3 KALI... NABI MUHAMMAD S.A.W mengatakan BENAR jawapan nya kerana SURAH AL-IKHLAS bersamaan dengan 10 juz ALQURAN...maka apabila kita membaca SURAH AL-IKHLAS sebanyak 3 kali bersamaan 30 juz dalam ALQURAN

selain itu, banyak lagi KEBERKATAN yang kita dapat jika kita mengamalkan SURAH AL-IKHLAS: 

KETIKA MEMULAKAN KERJA 
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. 

SEBELUM MASUK KERUMAH

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.. 


KETIKA SAKIT
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. 

ALLAH...mudah nye kan sebenarnya AGAMA ISLAM ni...dengan hanya membaca SURAH AL-IKHLAS yang mudah dihafal di fahami dapat memberi banyak ganjaran kepada kita...MOGA ia akan menjadi amalan untuk SAYA dan semua pembaca...


(^_^)v